Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

July 16, 2010

Ujian sakit

Saya tak sihat dua hari ni. Tiba-tiba saja jatuh sakit. Actually dua minggu lepas demam dalam 5 hari dan semalam sakit lagi... Pelik jugak tiba-tiba xsihat dan badan letih sangat dan tak bermaya. Nak jalan pon terhuyung hayang. Kepala pening tak boleh berjalan lama. tambah dengan muntah2.. teruk juga... petang ni baru rasa lega sikit. Demam pon kejap ok kejap sejuk kejap panas.. Macam-macam dugaan yang menimpa sejak akhir2 ni.

Bila check dengan doct beliau cakap saya letih, tak ada tenaga. Kuman pun senang nak menyerang. Lagi pula saya puasa lepas saya sakit. Jadi organ dalam badan nih tak kuat... doct suggest supaya saya tak berpuasa buat sementara waktu sbb urat perut boleh pecah... takut pulak saya dengar. Saya tak diet cuma saya kontrol makan..huhu..sedihnya. Masa saya pergi klinik saya xlarat sangat sudahlah sejam lebih menunggu giliran rasa mcm fed up dengan keadaan yang tak sihat, pening nak termuntah. Mujur en. tunang ada dialah yg menunggu. Saya kesian kat dia sbb saya tau dia banyak keja kalau bos dia tau mesti bos dia marah2 dia... doct bagi injection vitamin b complex kat bon*o*..huhu..sakit.. lps ambik ubat kat kuanter belom lagi keluar dr klinik pandangan mata sy jadi gelap mcm nak pitam..mmg pening kepala saya..trs je saya terduduk kat kerusi. saya tak boleh nak jalan. Macam nak nangis pon ada. Saya pegang tangan en tunang kuat2 takut jatuh dpn klinik. lebih kurang seminit saya kuatkan bdn saya jalan pastu tiba-tiba saya terus termuntah dpn klinik tu mujurlah ada longkang..huhu..en tunang tepuk2 belakang saya. Rasa tak leh tahan sangat. Lepas muntah tuh baru saya rs mata saya cerah n boleh jalan. Saya gagahkan jugak tuk jalan ke kereta... after en tunang beli makanan dia hantar saya balik and trs dia pergi keje.

Abah mmg risau sbb saya seorang2 kat sini tak ada sape boleh masak dan jaga saya sbb saya penah sakit dua minggu xsembuh2.. dua minggu lps saya sakit saya tak bagitau famili saya xnak diorg susah hati. Inipon abah nak dtg jugak tapi saya tak kasi sbb kedah-kl bukannya dkt jauh pulak tu..kesian abah nk datang..lagipon umah saya tak selesa dan memikirkan perangai housemate saya yang mcm F**K tu.. Jadi biarlah saya sakit sorang2 je..lagipon saya dah biasa demam tanpa makan apa2... agaknya sbb dah biasa sakit mcm ni saya dah rasa xkisah..cuma sedih je teringat kat mak abah kat kg yang boleh jaga sy lebih baik... huhu..

- da hampir nk nangis :(

July 13, 2010

My Offically Wedding Photographer & Sms from Him*

My officially wedding photographer will be Encik Andalas. Hmm pagi tadi baru jer baya deposit to him.. Actually malas dah nak fikir cari siapa the best. To me he also the best among the best. Kalau korang nak tengok hasil kerja dia bolehlah lepak kat blog beliau http://andalasadnan.com/blog. Saya sangat suka dengan hasil gambar yang beliau buat tambah2 lagi tang gambar pengantin naik vespa..cantik sangat bagi saya.. nak jugak gambar camtu tapi nak ambek vespa sape..huhu..nak jugak! nak jugak!..huhu

Satu lagi benda yang saya nak cita. Baru tadi saya dapat sms dari org yang saya sangat suka time belaja kat uitm dulu.. Mak ngai terkejut sangat tiba-tiba dia hantar sms pada saya. Actually saya risau sbbnya bukan pasal luka lama berdarah kembali tapi sbb baju yg saya pinjam pada dia tuh dah hilang huwaaaa..matilah saya kalau dia tanya balik mana baju dia..huhu.. hmm nak tau x sebenarnya dia mesej tanya apa? hikhik...dia tulis macam ni..

Salam miza, sihat? Dah lunch? Lama xjumpa eh. nampak pics kat friendster, dah bertunang eh? Tahniah ya. H**** sihat je, cuma lama x bukak friendster, haritu baru bukak.

Inilah sms yang dia hantar kat saya.. huhu..masih ingat lagi dia kat saya. ingatkan dah lupa terus! Siap wish pulak. Unbelievable! Actually dulu mmg saya suka kat dia tp tahla sy dah putus harap kat dia sbb dia ni jns 'kayu sket' sangat tak leh blah. Muka mmg hensem tahap pelakon jepun tu..mmg cairlah..tp sejarah dulu biarlah berlalu yang penting kami dulu pernah kongsi suka duka dan diapon penah bagi password friendster dia kat saya...ahaha..penah lah saya selalu bukak friendster dia..hikhik.. tp tulah jodoh tu di tangan tuhan.. Seberapa lama dan seberapa tahun pun saya suka kat dia akhirnya saya cinta dan sayang saya pd orang lain iaitu Encik N. Yang penting kat sini sayanglah pada orang yang sayang kita bukan hanya bertepuk sebelah tangan je.. .buang masa namanya tu kan!


July 8, 2010

Lampu Aladdin

Semalam dah tepon mak, dia cakap dia tgh siapkan langsir rumah untuk my wedding nanti. Warna yang mak dan akak saya pilih theme cream english style... excited nak tengok jugak mcmana rupa langsir tu.. Mak cakap lagi dia dah test dan padankan dengan cat rumah yang wrna hijau muda tu.. Dia cakap sesuai..oklah tu kan..

Lepas tu, saya cakap nak cat bilik jugak..hik2 mcm yang saya cakap pada entry yg lps.. Hmm tapi saya tak ada masa nak balik kampung..huhu. Mujur mak cakap bukannya diorg tak biasa cat umah lagipon abang saya ada..mcm biasa..kerahan tenagala..haha..sian dia.. Nasib baik jugaklah abah ada cakap sebelum ni dengan mak nak cat bilik warna apa. Saya dah suggest dah dengan mak warna yang saya nak tu (cream+merah ati) mak cakap okey.. :-)

Lagi satu saya tetiba datang idea nak tukar lampu kat bilik tu..bagi bertambah seri2nya.. Makpon setuju sbb mentol bilik tu biasa xcantik terjojol-jojol pulak tu. So saya dah buat survey kat tenet mencari lampu yang sesuai dan ada jumpa di facebook.. cantik tapi harganya mahal lah pulak.. huhu. ini antara lampu yang saya agak berkenan..


Camana okey x?

July 7, 2010

Fotographer dan cadar kawen

Offically saya dah jumpa fotographer saya. Dia And Andalas.. huhu... Pakejnya rm1500 tuk dua hari (nikah+resepsi+outdoor) hik2..suka nya.... rasanya dlm dis week akan bayar deposit 30% dulu..uwaaa guna duit freelance..huhu..

Skrg saya tengah fikir2 nak cari cadar kawen. Dalam fikiran duk fikir nak beli ya
ng english style. Lebih kurang macam dlm gambar ni..kalau boleh nak warna merah terang dan bunga kecik-kecik and background kaler cream... Ok tak? sebab cadang nak cat bilik warna cream+ merah.. hmm oleh kerana theme hantaran saya warna black+silver+merah kire ok kot..hmm mls saya nk pk byk2 buat pening kepala jer..yg penting semuanya cantik dan kena dlm mata saya..

oklah sy nak sambung wat layout buku..nanti ada masa sy update lagi..

tata ;]

Preparation owh preparation...



Apa yang ada dalam kepala otak saya sekarang nih..saya listkan okeh..Take note takut lupe :)

1. Design kad kawen sendiri ala-ala english style
2. TQ tag (print laser kat opis sendiri hua2... just beli kad je)
3. Banner kahwin (buat sndiri adn try print kat opis sendiri)
4. Barang-barang hantaran (belom decide lagi nak beli apa and berapa dulang)
5. Bekas2 hantaran
6. Cat bilik maybe cream+ red (theme wedding black+ silver and red roses)
7. Paper bag
8. Borang tuk nikah
9. Fotographer
10. Kasut (beli atau sewa dr butik mak andam)
11. Tudung
12. Goodies

Bercakap pasal goodies akak saya dah pon membeli hampir semua tuk guest, sedara dgn kawan2 saya..cuma saya nak tambah gula2 kapas , lolipop ataupun marshmallow :D sweet kan.. sbb apa saya pilih gula2 kapas? sbb saya skrg tgh menulis pasal buku mengenai gula2 kapas dengan syarikat PTS one..huhu..so kalau boleh saya nak abadikanlah gula2 kapas ni dalam wedding saya nanti..


June 11, 2010

Selamat Bertunang Myza & En N


Sudah empat hari saya sudah bergelar tunangan orang. Sori lambat sikit upload blog maklumlah masuk keje ari Rabu. Ari Selasa ambik m.c supposed keje ari selasa, oleh kerana badan terlalu penat nak balik KL pada keesokkan harinya (Isnin) redah jelah ambik M.c.. huhu.. Perasaan setelah bergelar tunangan orang? Entahlah biasa2 aje kot..nak kata tak hepi, hepi jugak..biasa2 je..pelikkan?

First masuk keje, opismate semua tanya seronok bertunang? Mana cincin tunangnya, kami nak tengok... huhu..langsung saya senyum biasa2 je..sambil tunjuk kat tangan xdepun cincin..haha..saya malas nak pakai haritu sbb dah tau mesti diorg sibuk nak tengok..entahlah bukannya saya tak suka bertunang tapi entah mcamana perasaan ni biasa2 saja.. tambah pula teringat malam sebelum balik kg (balik bertunang), saya dengan tunang ada gaduh sket. Bukan gaduh apa pun dia tiba2 nak naik angin dengan saya.. aduih sakitnya hati padahal kita layan elok2 aje..semuanya sbb nak ambil cupcakes..entah apa2 je..

Sepanjang jalan lps ambik cupcakes tuh saya diamkan diri, dia tanya saya jawab sepatah, kadang2 tuh saya tak jawab langsung sbb dalam hati geram sgt2.. biar dia tau yang saya sangat sakit hati... At last masa dalam keta bila dah sampai hentian duta, dia try sembang dgn saya sket2..mula2 saya tak brp layan tp bila dia mintak maaf sbb dia marah sy baru saya rs cool sket..tp sy still xlayan dia..hihi.. entah mcmana sy rs sebak sgt dah lama dia xmarah sy tba2 dia mcm tu. Lagi 2 hari kami nak bertunang dia buat saya mcmni.. dlm masa tu jugak dia cakap dia menyesal marah2 saya and cakap mcm2 pasal hal2 lps... walau apapun yg dia cakap masa tuh saya nak dia tahu yang saya sangat syg syg pada dia..sebab dlm tempoh hampir 3 tahun ni mcm2 bnda yang kami lalui sama2..harap dia takkan lupakan macam tu je ..

Oh yaa bercerita pasal hari pertunangan kami tu, pihak lelaki sampai agak lewat dalam pukol 2.30 ptg..penat menunggu, perut dah lapar sgt2..yelah, dr pagi makan bihun goreng je.. huhu..dalam pukul 11 pagi dah pergi make up itupon terpaksa tunggu turn..punyalah ramai org make up kat kedai pengantin tuh..sabar jela.. kalau make up tak lawa mmg nak kena lempang auuww tu..huhuhu...

dekat pukul 1.00 tghari saya dah siap semua, bila sampai kat umah org semua tgh baca doa selamat...dalam sejam lbh jugaklah menunggu rombongan meminang... bila rombongan dah sampai makcik2 n sedara2 semua kecoh2 kat dapur cakap rombongan dah sampai..mcam lawak pon ada..ada makcik2 sedara tu sibuk tanya en.tunang datang ke tak.. hmm kalau dia tak datang mcmanalah nak tunjuk jalan..huhu.. alah bukannya saya tak tahu diorg tuh sebenarnya nak tengok tunang saya tuh..biasalah nak tengok tunang saya tu hensem ke tak.. adoi.. after rombongan lelaki tuh balik makcik2 sedara saya cakap tunang saya tuh hensem..haha..klu hensem pujilah kalau tak hensem kutuk..mcm2 lah diorg ni..

Hampir setengah juga perbincangan dua2 belah pihak, akhirnya kata sepakat dari mereka:

Tarikh nikah kami pada 8.10.10 (jumaat) dan resepsi pada 9.10.10 (sabtu) hantaran pula RM9,101.00 dan mas kawen RM500 sahaja..

Lepas saja siap berbincang, mak en tunang pon sarungkan cincin kat jari manis saya..huhu.. terketar2 saya sebenarnya tapi still boleh control ayu dpn bakal mak mertua..hikhik..dlm pada tuh masa tgh makan dgn bakal mak mertua, mak dia tanya macam2 sampai xleh nak jawab..soklan maut yang mak dia tanya masa tuh kenal tunang saya kat mana? Macamana boleh kenal...brp lama dah kenal..huhu...yang saya tak leh jawab masa tuh kenal kat mana..hahaha..mmg xleh nak jawab.. dlm hati apa aku nak jawab ekk takkan nak cakap kenal kat friendster mula2 dulu kang dia tak faham pulak..hihi..

So, kat sini saya akan upload gambar2 masa tunang saya tu..gambar en tunang xde..hihi..nanti dah kawen bru saya upload ok!

Oh yaa..entah kenapa blog malam ni boleh upload satu gambar je..sabar kay esok saya akan upload gambar2nye..harap bersabar..

June 3, 2010

Counting days...

Tup..tup cepat sungguh masa berlalu.. sedar2 sudah masuk ke bulan jun. bermakna lagi 4 hari aku akan melangkah ke alam pertunangan..cewahh.. tanggal 6.6.10 cincin merisik dan tunang akan tersarung dijari manisku..ekeke.. mcm tak caye je.. hmm malam ni dah nak balik kg.. penatnya tiap2 mlm tido lewat..mata lak sudah sembap..adei..buruknya.. nak buat camana kena siapkan keje freelance sebelum angkat kaki balik kg. dua ari lps aku dan encik N pergi carefour wangsa maju ada barang yang lom beli lagi coklat2..huhu.. n bekas raga, reben dan bunga2.. hmm boleh tahan jugak harga kat kedai tu.... tgoklah nanti boleh beli kat situ tuk hantaran kawen nanti.

Sebelum balik kitorang singgah ke kedai emas Tomei..huhuhu..baru nak beli cincin merisik..before this beli cincin tunang kat habib..kesian Encik N abis kering duit dia..huhu..xpelah bukannya selalu kan kot2 pas kawen susah nak paw di..so this time kena paw abis-abisan.. Wink* wink*

Malam ni nak pegi ambik cupcakes kat cik zalina (kawan kenal dalam facebook).. mcmana agaknya rupa cupcakes2 ku itu. Harap2 tak cair nak nek bas malam ni..hope cupcakes2 aku tuh comel seperti tuannya..hihihi.. hmm bab hantaran tunang pulak semuanya aku serahkan kepada kak liza (kakak kepada kak ipar aku)..smlm dirog pegi beli2 barang..barang2 je dah seratus lbh..fuh kopak aku mcmni..harap gubahan kak liza memuaskan hati. nk harapkan aku yg buat belum tentu dlm bentuk gubahan tp bentuk sedia ada..hehe..sungguh tak kreatip n inovatip. :-)

hmm aktiviti sebelum tunang ari sabtu ptg kena pg busana fitri, booking make up dgn dia and nak ambil gambar pelamin yg xsempat nak ambil..dlm pada tuh nak tgok baju2 baru kot2 ada nk tukar..hehe.. hmm nk tkar pakej lah.. harp2 mak andam tak bising..huhu.. hmm minggu lps balik kg ingatkan mak abah nak wat kenduri kecik tp boleh jemput ramai jugak org..tp mujurlah ada byk kenduri kawen 6.6 tuh..huhu..semoga hari ahad ni selamat semuanya.

nasihat kepada diri sendiri..semoga perjalanan selepas bertunang akan berjalan lancar..siap sedia dgn bakal2 ujian yg akan berlaku... amin