Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

July 9, 2008

Dulu...dan kini

Sudah setahun lamanya aku tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Mungkin kesibukan dan masa yang sentiasa dirasakan begitu pantas berlalu. Aku masih lagi seperti dahulu tapi hidup aku kini lebih bermakna dari dahulu. Kisah lalu yang pahit kujadikan sebagai pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kurencanakan pengalaman itu agar suatu masa nanti ianya tidak berulang kembali...Amat sukar untuk melupakan orang yang kita sayang apatah lagi itu adalah cinta pertama kita. Tetapi usah lagi dikenang perkara yang lepas kerana apa yang sudah berlaku telah berlaku. Tidak perlu lagi kita menoleh ke belakang. Hargai orang yang berada di sekeliling kita semasa dia masih ada. Jika insan itu hilang dari pandangan kita sesalan itu tidak bermakna lagi. Mungkin telah ditakdirkan kita berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Tidak semua manusia itu sempurna begitu juga aku. Aku berharap perhubungan yang aku miliki sekarang akan terus berkekalan kerana dia adalah pengubat luka dan jantung hati yang tak mungkin dapat ditukar ganti. Terima kasih...kerana sudi membahagiakan diri ini yang dahulunya pernah dikecewakan oleh insan lain...