Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

May 15, 2010

Penat berjalan seharian

Sehari suntuk aku kat Jalan Tar jalan-jalan sambil beli barang. Sempat jugalah aku singgah beli kemeja tuk Encik N. Petang tadi aku kuar dengan kawan aku, Cik Azu . Actually nak temankan dia beli barang hantaran.. and lepas tu kitorang pegi SOGO.. hmm dalam melilau2 tu adalah usha2 beg tangan dan perfume... tapi xbeli pon cuma cuci2 mata jek..hihi...

Balik je dari soping trs try tudung dan keronsang yang beli... cantik! And then bukak laptop and trs log in facebook. apa lagi kutip hasil di ladang farmville..hehe.. dlm duk menaip ni duk tahan sakit mulut..huhu...sakit sangat mb sebab panas and jadik ulser....

mata dah ngantooklah mau tido..nanti kita cerita lagi..bye

May 12, 2010

Balik kampung dan hal kahwen :-)

Hari ni aku baru masuk kerja..aduih bosannya bila masuk opis tgok keje berlambak2. Actually aku balik kampung kejap je..huhu..xpuas nak cuti. Penat sangat semalam aku bantai tido punyalah lama.. dari petang sampai ke malam dari malam sampai ke pagi..hak3.. sampai Encik N sms pon aku xleh bukak mata.. semuanya akibat penat terlampau. Semalam lepas abis interview di ITNM, Encik N hantar aku le LRT Wangsa Maju. So, aku tak mau balik dulu sbb rs awal lagi nak balik rumah.. Dengan tenaga yang ada aku pg jejalan kat Jalan Tunku Abdul Rahman sorang2.. hmm xramai org maklumlah berjalan time hari bekerja..mmg syok sbb tak perlu berasak-asak dengan manusia. Yelah bila sesak ni mood tuk tengok2 barang pon jadik tak best.. hah sebelum nk sampai ke jalan TAR tu, entah apa malangnya sebelum keluar dari LRT Masjid Jamek aku boleh pulang hilangkan tiket LRT. Melilau aku cari, semua benda aku selongkar dlm beg (masa tu dlm toilet) still xder..dlm hati dah takut. Last2 aku pg je jumpa pakcik security tu dengan muka kesian cakap tiket tu aku tercicir dlm train..huhu..nasib baiklah pakcik tu lepaskan..TQ pakcik guard, jasa pakcik saya akan ingat sampai bile2..hehe..

Lebih kurang sejam lebih aku jalan2 kat jalan Tar aku jumpalah apa yang aku nak beli before nih yang aku cari dengan Encik N tak jumpa..apa yang aku beli semalam?

1. anak tudung manik/bead yang pengantin duk pakai yang regenya RM59.90.. anak tudung nih aku beli kat butik dalam semua house.. yang nih harga offer..aku rs klu xoffer lagi mahai..aku beli anak tudung manik ni colour off white. Untuk digunakan masa akad nikah and sanding. :) actually masa aku kt kedai ni aku buat test tau, siap pakai n salesgirl kat situ siap padankan dengan selendang and veil. Tp aku xbeli selendang kat situ sbb mahailah dalam rm70+ so better cari selendang lainlah...

2. cekak spider yang regenya rm18.90..puas aku carik at last jumpa jugak secara tak sengaja..aku beli keronsang nih pon kat kedai juai reben bukan kat kedai juai keronsang kay sbb rata2 aku p cari kedai keronsang diorg cakap xde or warna yang nk dicari dah xder stock. kat kedai tu mcm2 ada..semua cantik2 n harganya pon jauh lebih murah.

3. selendang chiffon 2 helai yng regenya rm10 setiap satu. Satu warna putih datu lagi warna hitam.. murahkan dan senang nak pakai. hope nanti kenalah dengan baju yang aku nak pakai nanti.

4. aku beli anak tudung yang regenya rm5. anak tudung ni aku nak pakai sebelum aku pakai anak tudung yang sulam tuh supaya bila pakai anak tudung yang sulam tuh tak lembik sbb ada awning keras kat dalam.

Hmm..memang banyaklah aku survey2 barang2 tuk buat hantaran... memang mahailah..bunga telurpon sama..huhu..mcm2 ada..cuma bawak duit je..

Oh yaa..masa aku balik kampung minggu lps hari sabtu aku, akak aku, kak ipar dgn abang aku kami p survey pelamin siap2..n aku dah booking baju and pelamin yang aku nak tu kat Busana Fitri. Setel! Hah lega rasanya bila dah booking benda yang penting. Walaupun majlis aku bulan 10 aku nk setelkan cepat2 so aku dah xpikir dah. actually before kitorang ke Busana Fitri kitorang dah pergi dua buah kedai pengantin tapi dua2 aku tak berkenaan sebabnya 1. mahal 2. design lama.

Actually Busana Fitri ni kedai pengantin baru jer bukak tak silap aku baru dua bulan. Cawangan yang diorang ada kat Sg. Petani dah empat buah cawangan. Masa mula2 tengok kedai diorg nih aku rasa mesti mahal sebabnya baju2 diorg semua lawa2 jadik rambang mata..hehe.. sebenarnya akak aku yang suruh pergi kat Busana Fitri ni sebab dia cakap design2 baju up to date. Memang betul lah cakap akak aku.. :)

So bila diorang bagi brosur pakej aku tengok oklah rege dia taklah murah sangat or mahai sangat. selepas tengok2 baju kat situ aku ada berkenan dengan satu design baju yang diorg display kat situ. Baju yang aku pilih tuh bertemakan hitam and putih. Sangat cantik sebab kainnya jenis songket dan nampaklah design dia yang up to date. Diorg cakap baju nih xder orang booking lagi..n apa lagi aku trs cakap nak baju nih.. hmm tang pelamin pulak aku sangat berkenan pelamin diorg display.. masa tuh pelamin kat tingkat atas.. sangat suke..sesuai dengan tema hitam putih.. kebetulan pelamin tuh tema hitam putih.. kerusi ala2 mawi bersanding tuh..wah! syioknya.. tp oleh kerana aku nak pelamin ni harga dia lain dr pakej and kena tambah rm200..huhu..

So dipendekkan cite pakej perkahwinan yang aku ambik kat Busana Fitri:

1. 2 pasang baju persalinan lelaki & perempuan
2. 2 kali make up
3. aksesori termasuk keris, kasut pengantin perempuan, tengkolok, bunga tangan, veil dsb
4. set pelamin
5. hiasan bilik tidur + cadar
6. hiasan meja makan beradab
7. dulang + alas dulang ( plus rm100 tuk 10 dulang)
8. bekas sarang burung (sponsor by akak)

Nak tau regenya ke? lebih kurang rm2000+.. tak termasuk bekas sarang burung tu..huhu.. tp xsampai rm2500. so, bnda2 tuh aku dah tak payah pikir cuma nak carik tudung yang sesuai je sbb diorg xprovide tudung. Make up pulak aku harap nanti make up diorg ok..sbb kat pamplet tuh mention kata make up artis.. yelah baju cantik2 nanti make up spoilt xjadik jugak.. maybe bila tunang nanti aku akan make up kat situ and diorg caj rm80 sbbnya aku dah booking pelamin kat tempat dia masa kawin nanti.. :)

Satu persalinan lagi aku amek warna white dan lelaki pulak ambik sut.. baju putih nih pon sangat cantik dan kainnya labuh meleret-leret ceh macam tuan puteri pulak.. Encik N pulak mcm suka bila aku pilih sut tuk dia...lagipon dia penah cakap tak kisah baju apapun dia pakai..oklah tu dia jenis x cerewet.. sut dia pon warna putih...(perasan kacak lah dia nanti) hope baju yang kami akan pakai ni sangat cantik dan usaha tuk berdiet perlu ditingkatkan..

Chaiyok! chaiyok! chaiyok!

May 7, 2010

Makan Cokelat..nyummy!

Nyum..nyum..nyum... petang semalam aku dapat coklat free. Tapi bukan dari Encik N okey tapi dari senior photographer kat opis aku, En Rosli..Hehehe.. dapat jugak aku paw dia coklat mahal. Maybe dia nak ganti belanje aku aiskrem baskin robin yang aku tuntut berkurun-kurun lama..huhu..sob..sob.. Actually coklat tuh aku yang order dari kawan aku , abang Kerol..En Rosli ni suka makan coklat so dari dua minggu lepas asyik tanya mana coklat dia..hehe..tak sempat aku nak layan 'orang lama yang berjiwa muda tu' maklumlah banyak sangat benda yang nak disetelkan sampai terlupa pasal coklat dia. Actually, En Rosli ni suka makan coklat..hmm jarangkan dengar orang lelaki ni obses pasal coklat..aku dgr cite dari opismate aku jugak akibat suka sangat makan coklat En. Rosli ni dulu kena penyakit kencing manis..hehehe..harap2 coklat yang aku order nih tak mengakibatkan beliau diserang penyakit tu balik...tapi takpe wife dia doctor pandai2lah dia menjawab dengan wife dia tuh nanti..haha

Coklat Caslyss ni direkemenkan oleh Abang Kerol..Customer dia cakap coklat ni memang sedap..cair dimulut gitu.. Mulanya aku nak beli coklat ni buat hadiah untuk hantaran. Tapi bila fikir balik terlalu awal pulak takut cair pulak nanti sebab coklat ni handmade. Oleh kerana aku dapat coklat free dari En. Rosli dapat jugaklah aku merasa coklat ni..(save budget aku..hihi) hmm boleh tahan sedap..huhu.. walaupun buatan tempatan boleh kira setanding juga dengan coklat cadbury tu. Aku ada jugaklah promote kat opismate lain dengan bagi rasa coklat ni... So, abang kerol myza dah promote coklat abang Kerol dalam blog myza so after this boleh lah bg diskaun wink* wink*...

So, pada sape2 yang dah terliur tengok coklat ni and rasa nak order bolehlah usha-usha kat website ni http://www.rab9food.asia/ and order boleh dibuat kat saya..so, saya boleh passkan kepada abang kerol tu..(nak bagi no fon dia tak berani pulak so klu anda betul2 minat anda leh get through dalam blog saya, and saya boleh inform pada beliau.

Oh yaa... Compeni rab nine ni jugak ada buat set untuk hantaran gift taw, and order tuk wedding doorgift..price dia saya tak tau sebab saya bukan agentnya kalau nak tau boleh sya dapatkan dr abg Kerol sbb dia agent coklat rab nine ni.. okey..

Tiba-tiba perut terasa lapar pulak..byk benda nak kena setel harini sebabnya malam ni aku nak balik kg, minggu depan pulak nak pergi interbiu..huhu..guys wish me gud luck ya..

May 5, 2010

Dipanggil interbiu

Pagi tadi aku dapat call. Pada mulanya ingat Encik N yang cal dari ofis beliau. Mula-mula suara orang yang call tu tak berapa clear. Banyak kali aku suroh org tu ulang apa yang dia cakap. Mesti dia ingat aku ni pekak. Hehe..yelah cakap macam dalam kelambu je manalah nak dengar. Apa yang aku dengar dia cakap dia dari Institut Terjemahan Negara. So, aku dapat agak mesti panggilan panggilan suruh dtg interbiu. Excited plus nervous tiba-tiba. Hmm..actually tak harap sangat sbb jawatan tuh satu kekosongan je. Maybe dah ada orang yang ready for that position. At first, Encik N yang bagitau pasal iklan jawatan kosong kat ITNM bulan feb lepas. Dia cakap senang kalau dapat keje kat situ. Maklumlah dia keje and tinggal kat wangsa maju aku pulak di cheras, so agak jauh jugak nak datang plus dengan jem lagi. Hmm kalau dah kawen senang sikit kami and dia pulak takdelah letih sangat nak berulang alik kalau kitaorang menyewa rumah di cheras.

Lately, Encik N abertambah sibuk. Sebabnya dia baru saja naik pangkat and aku tau selepas ini dia akan super duper busy berbanding dulu. Dulupun memang dah busy takda masa tuk aku. Risau? Memang aku risau. Tarikh pernikahan tak lama lagi. Banyak benda tak setel tambahan lagi dia pulak bertambah busy..macamana dengan aku? Macamana nak handle semua2 tuh??aduih… tensionnya. Bukan sahaja tension pasal kerja, pasal nak kawen satu lagi tensen pasal duit. Hmm kalau ada rezeki interbiu kali ini sekurang2nya aku dapatlah membantu Encik N..maybe boleh hidup selesa sket dan bolehlah bayar apa-apa yang patut. Bila berada dalam masalah ni terasa hidup ini terlalu susah. Hidup ini adalah ujian. Kadang-kadang rasa tak sanggup nak menghadapinya. Aku mesti kuat tuk tempuh semua ini. Semoga Allah akan mempermudahkan segala kesulitan hidup dan memberi kekuatan untuk aku dan Encik N. Aku harap aku dapat melalui interbiu ni dengan baik. Sekurang-kurangnya dapat juga aku pengalaman. Semoga ada rezeki yang lebih baik untukku dan kehidupanku. Amin.

May 4, 2010

Selepas setahun akhirnya bertemu juga....

Wah! Dah lama gila aku tak menulis dan mengusha-usha blog 'Diriku Bukan CIndarela". Sibuk sangat ke sekarang ni? Yup! Memang sangat sibuk. Kerja kat opis tersangatlah banyak. Sejak pindah kat opis baru kerja makin bertambah kadang-kadang mood kerjapon kurang. Hmm… tapi yang membuatkan bertambah sibuk tu jeng..jeng..jeng.. aku akan menjadi tunangan pada lelaki yang aku sayang sangat-sangat. Macam tak percayakan? Tempoh perkenalan kami yang sudah 2 tahun 8 bulan 1 minggu 1 hari ni bakal disatukan dengan izin Allah pada tarikh keramat 10.10.10 (tarikh yang sangat special, bukan?) Actually, tarikh ni aku yang tentukan dan alhamdulilah mak kepada orang tersayang akupon setuju (yahoo!)

Lebih kurang sebulan aku akan melangkah ke alam pertunangan. Kami bertunang tak lama lebih kurang 3 bulan. 6.6.10 (tarikh yang aku tentukan jugak) rombongan meminang Encik N akan datang merisik sekaligus meminang anak pak hasan ni..hehehe..tiba-tiba rasa nervous pulak..huhu..sekarang banyak sangat perkara yang perlu dipikir dan dibuat. Yelah, nak kahwin ni bukannya perkara mudah…sangat susah okay. Banyak benda yang perlu dipikirkan. Stress hingga menyebabkan aku jadi susah nak tido.huhu…hmm pasal duit jangan ceritalah awal bulan akaun bank dah kering kontang! Huhu… kadang-kadang bila tension datang mulalah mengarut-ngarut membebel kenapa perlu buat itu kenapa perlu buat ni..ahh! taknak pikir. Kadang-kadang terus akan jadi moody.. tapi nak buat macam mana nak kahwin kenalah tempuh kalau tak... jadi anak dara sampai ke tua lah.. huhu..

Minggu lepas kitaorg dah beli cincin untuk majlis pertunangan. Actually, encik N dah cakap awal-awal yang dia nak maknya yang belikan cincin tunang. Pada mulanya aku setuju aje. Dia cakap nak bagi mak dia yang pilih tuk aku. Tapi keadaan dah bertukar sebaliknya. Dua minggu lepas masa pergi Midvalley dah ternampak sales kat Habib Jewels. Hehe..tapi kitorg xbeli lagi just tengok-tengok aje..tapi harganya fuh… boleh tahan mahal lah jugak.. hmm just nengok jelah time tu. Tapi keesokkan harinya entah syaitan apa yg merasuk aku pujuk encik N nak beli gelang tuk akad nikah sementara ada sale. Yelah bukan apa risau nanti dah tarikh nikah nk dekat baru sibuk2 nak beli..emas makin naik so better beli sekarang.. At last, berjaya jugak aku pujuk encik N beli gelang emas plus cincin tunang sekali minggu lepas kat Habib Jewels, Ampang Point. Memang puas hati..huhu..nak tengok gambar gelang dengan cincin tu ke? Hmm tunggu..nanti tak surprise…hehe..

Tengah hari tadi, aku dan encik N dengan harapan yang berkobar-kobar nak pergi tempah baju nikah kat Kedai Jahit Chong Fashion di Taman Melawati. Malangnya, kitaorang disuggestkan oleh uncle (lupa nak tanya nama uncle tu mb uncle chong kot) dengan aunty tu ( bini dia ???) supaya fitting pada bulan 9 lepas raya. Diorang tak nak ambik fitting sekarang risau nanti cutting badan akan lari.. yelah kot-kot tergemuk or terkurus 3-4 bulan nanti..huhu..betui jugak! Tapi yang melucukan aku boleh pulak encik N sebelum menjejakkan kaki beliau kat kedai pakcik Chong dia cakap dia taknak fitting dulu.. Korang nak tahu apa yang aku fikir masa tuh. Mesti dia nak kuruskan badan dia..kah3.. Ingatkan dia xnak pikir pasal nak turunkan berat badan.. yelah dah puas aku suruh dia diet..tp dia buat tak tahu je.. asyik aku je sibuk2 nak kuruskan badan..hehe.. Tapi bila uncle dan aunty tuh bagi cadangan supaya lps raya baru fitting baju barulah nampak dia semangat sket..hehe J.. So lepas ni Encik N, reti-retilah mula berdiet yeh!!!