Wah! Dah lama gila aku tak menulis dan mengusha-usha blog 'Diriku Bukan CIndarela". Sibuk sangat ke sekarang ni? Yup! Memang sangat sibuk. Kerja kat opis tersangatlah banyak. Sejak pindah kat opis baru kerja makin bertambah kadang-kadang mood kerjapon kurang. Hmm… tapi yang membuatkan bertambah sibuk tu jeng..jeng..jeng.. aku akan menjadi tunangan pada lelaki yang aku sayang sangat-sangat. Macam tak percayakan? Tempoh perkenalan kami yang sudah 2 tahun 8 bulan 1 minggu 1 hari ni bakal disatukan dengan izin Allah pada tarikh keramat 10.10.10 (tarikh yang sangat special, bukan?) Actually, tarikh ni aku yang tentukan dan alhamdulilah mak kepada orang tersayang akupon setuju (yahoo!)
Lebih kurang sebulan aku akan melangkah ke alam pertunangan. Kami bertunang tak lama lebih kurang 3 bulan. 6.6.10 (tarikh yang aku tentukan jugak) rombongan meminang Encik N akan datang merisik sekaligus meminang anak pak hasan ni..hehehe..tiba-tiba rasa nervous pulak..huhu..sekarang banyak sangat perkara yang perlu dipikir dan dibuat. Yelah, nak kahwin ni bukannya perkara mudah…sangat susah okay. Banyak benda yang perlu dipikirkan. Stress hingga menyebabkan aku jadi susah nak tido.huhu…hmm pasal duit jangan ceritalah awal bulan akaun bank dah kering kontang! Huhu… kadang-kadang bila tension datang mulalah mengarut-ngarut membebel kenapa perlu buat itu kenapa perlu buat ni..ahh! taknak pikir. Kadang-kadang terus akan jadi moody.. tapi nak buat macam mana nak kahwin kenalah tempuh kalau tak... jadi anak dara sampai ke tua lah.. huhu..
Minggu lepas kitaorg dah beli cincin untuk majlis pertunangan. Actually, encik N dah cakap awal-awal yang dia nak maknya yang belikan cincin tunang. Pada mulanya aku setuju aje. Dia cakap nak bagi mak dia yang pilih tuk aku. Tapi keadaan dah bertukar sebaliknya. Dua minggu lepas masa pergi Midvalley dah ternampak sales kat Habib Jewels. Hehe..tapi kitorg xbeli lagi just tengok-tengok aje..tapi harganya fuh… boleh tahan mahal lah jugak.. hmm just nengok jelah time tu. Tapi keesokkan harinya entah syaitan apa yg merasuk aku pujuk encik N nak beli gelang tuk akad nikah sementara ada sale. Yelah bukan apa risau nanti dah tarikh nikah nk dekat baru sibuk2 nak beli..emas makin naik so better beli sekarang.. At last, berjaya jugak aku pujuk encik N beli gelang emas plus cincin tunang sekali minggu lepas kat Habib Jewels, Ampang Point. Memang puas hati..huhu..nak tengok gambar gelang dengan cincin tu ke? Hmm tunggu..nanti tak surprise…hehe..
Tengah hari tadi, aku dan encik N dengan harapan yang berkobar-kobar nak pergi tempah baju nikah kat Kedai Jahit Chong Fashion di Taman Melawati. Malangnya, kitaorang disuggestkan oleh uncle (lupa nak tanya nama uncle tu mb uncle chong kot) dengan aunty tu ( bini dia ???) supaya fitting pada bulan 9 lepas raya. Diorang tak nak ambik fitting sekarang risau nanti cutting badan akan lari.. yelah kot-kot tergemuk or terkurus 3-4 bulan nanti..huhu..betui jugak! Tapi yang melucukan aku boleh pulak encik N sebelum menjejakkan kaki beliau kat kedai pakcik Chong dia cakap dia taknak fitting dulu.. Korang nak tahu apa yang aku fikir masa tuh. Mesti dia nak kuruskan badan dia..kah3.. Ingatkan dia xnak pikir pasal nak turunkan berat badan.. yelah dah puas aku suruh dia diet..tp dia buat tak tahu je.. asyik aku je sibuk2 nak kuruskan badan..hehe.. Tapi bila uncle dan aunty tuh bagi cadangan supaya lps raya baru fitting baju barulah nampak dia semangat sket..hehe J.. So lepas ni Encik N, reti-retilah mula berdiet yeh!!!
0 comments:
Post a Comment