Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

May 5, 2010

Dipanggil interbiu

Pagi tadi aku dapat call. Pada mulanya ingat Encik N yang cal dari ofis beliau. Mula-mula suara orang yang call tu tak berapa clear. Banyak kali aku suroh org tu ulang apa yang dia cakap. Mesti dia ingat aku ni pekak. Hehe..yelah cakap macam dalam kelambu je manalah nak dengar. Apa yang aku dengar dia cakap dia dari Institut Terjemahan Negara. So, aku dapat agak mesti panggilan panggilan suruh dtg interbiu. Excited plus nervous tiba-tiba. Hmm..actually tak harap sangat sbb jawatan tuh satu kekosongan je. Maybe dah ada orang yang ready for that position. At first, Encik N yang bagitau pasal iklan jawatan kosong kat ITNM bulan feb lepas. Dia cakap senang kalau dapat keje kat situ. Maklumlah dia keje and tinggal kat wangsa maju aku pulak di cheras, so agak jauh jugak nak datang plus dengan jem lagi. Hmm kalau dah kawen senang sikit kami and dia pulak takdelah letih sangat nak berulang alik kalau kitaorang menyewa rumah di cheras.

Lately, Encik N abertambah sibuk. Sebabnya dia baru saja naik pangkat and aku tau selepas ini dia akan super duper busy berbanding dulu. Dulupun memang dah busy takda masa tuk aku. Risau? Memang aku risau. Tarikh pernikahan tak lama lagi. Banyak benda tak setel tambahan lagi dia pulak bertambah busy..macamana dengan aku? Macamana nak handle semua2 tuh??aduih… tensionnya. Bukan sahaja tension pasal kerja, pasal nak kawen satu lagi tensen pasal duit. Hmm kalau ada rezeki interbiu kali ini sekurang2nya aku dapatlah membantu Encik N..maybe boleh hidup selesa sket dan bolehlah bayar apa-apa yang patut. Bila berada dalam masalah ni terasa hidup ini terlalu susah. Hidup ini adalah ujian. Kadang-kadang rasa tak sanggup nak menghadapinya. Aku mesti kuat tuk tempuh semua ini. Semoga Allah akan mempermudahkan segala kesulitan hidup dan memberi kekuatan untuk aku dan Encik N. Aku harap aku dapat melalui interbiu ni dengan baik. Sekurang-kurangnya dapat juga aku pengalaman. Semoga ada rezeki yang lebih baik untukku dan kehidupanku. Amin.

0 comments: