Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

July 16, 2010

Ujian sakit

Saya tak sihat dua hari ni. Tiba-tiba saja jatuh sakit. Actually dua minggu lepas demam dalam 5 hari dan semalam sakit lagi... Pelik jugak tiba-tiba xsihat dan badan letih sangat dan tak bermaya. Nak jalan pon terhuyung hayang. Kepala pening tak boleh berjalan lama. tambah dengan muntah2.. teruk juga... petang ni baru rasa lega sikit. Demam pon kejap ok kejap sejuk kejap panas.. Macam-macam dugaan yang menimpa sejak akhir2 ni.

Bila check dengan doct beliau cakap saya letih, tak ada tenaga. Kuman pun senang nak menyerang. Lagi pula saya puasa lepas saya sakit. Jadi organ dalam badan nih tak kuat... doct suggest supaya saya tak berpuasa buat sementara waktu sbb urat perut boleh pecah... takut pulak saya dengar. Saya tak diet cuma saya kontrol makan..huhu..sedihnya. Masa saya pergi klinik saya xlarat sangat sudahlah sejam lebih menunggu giliran rasa mcm fed up dengan keadaan yang tak sihat, pening nak termuntah. Mujur en. tunang ada dialah yg menunggu. Saya kesian kat dia sbb saya tau dia banyak keja kalau bos dia tau mesti bos dia marah2 dia... doct bagi injection vitamin b complex kat bon*o*..huhu..sakit.. lps ambik ubat kat kuanter belom lagi keluar dr klinik pandangan mata sy jadi gelap mcm nak pitam..mmg pening kepala saya..trs je saya terduduk kat kerusi. saya tak boleh nak jalan. Macam nak nangis pon ada. Saya pegang tangan en tunang kuat2 takut jatuh dpn klinik. lebih kurang seminit saya kuatkan bdn saya jalan pastu tiba-tiba saya terus termuntah dpn klinik tu mujurlah ada longkang..huhu..en tunang tepuk2 belakang saya. Rasa tak leh tahan sangat. Lepas muntah tuh baru saya rs mata saya cerah n boleh jalan. Saya gagahkan jugak tuk jalan ke kereta... after en tunang beli makanan dia hantar saya balik and trs dia pergi keje.

Abah mmg risau sbb saya seorang2 kat sini tak ada sape boleh masak dan jaga saya sbb saya penah sakit dua minggu xsembuh2.. dua minggu lps saya sakit saya tak bagitau famili saya xnak diorg susah hati. Inipon abah nak dtg jugak tapi saya tak kasi sbb kedah-kl bukannya dkt jauh pulak tu..kesian abah nk datang..lagipon umah saya tak selesa dan memikirkan perangai housemate saya yang mcm F**K tu.. Jadi biarlah saya sakit sorang2 je..lagipon saya dah biasa demam tanpa makan apa2... agaknya sbb dah biasa sakit mcm ni saya dah rasa xkisah..cuma sedih je teringat kat mak abah kat kg yang boleh jaga sy lebih baik... huhu..

- da hampir nk nangis :(

July 13, 2010

My Offically Wedding Photographer & Sms from Him*

My officially wedding photographer will be Encik Andalas. Hmm pagi tadi baru jer baya deposit to him.. Actually malas dah nak fikir cari siapa the best. To me he also the best among the best. Kalau korang nak tengok hasil kerja dia bolehlah lepak kat blog beliau http://andalasadnan.com/blog. Saya sangat suka dengan hasil gambar yang beliau buat tambah2 lagi tang gambar pengantin naik vespa..cantik sangat bagi saya.. nak jugak gambar camtu tapi nak ambek vespa sape..huhu..nak jugak! nak jugak!..huhu

Satu lagi benda yang saya nak cita. Baru tadi saya dapat sms dari org yang saya sangat suka time belaja kat uitm dulu.. Mak ngai terkejut sangat tiba-tiba dia hantar sms pada saya. Actually saya risau sbbnya bukan pasal luka lama berdarah kembali tapi sbb baju yg saya pinjam pada dia tuh dah hilang huwaaaa..matilah saya kalau dia tanya balik mana baju dia..huhu.. hmm nak tau x sebenarnya dia mesej tanya apa? hikhik...dia tulis macam ni..

Salam miza, sihat? Dah lunch? Lama xjumpa eh. nampak pics kat friendster, dah bertunang eh? Tahniah ya. H**** sihat je, cuma lama x bukak friendster, haritu baru bukak.

Inilah sms yang dia hantar kat saya.. huhu..masih ingat lagi dia kat saya. ingatkan dah lupa terus! Siap wish pulak. Unbelievable! Actually dulu mmg saya suka kat dia tp tahla sy dah putus harap kat dia sbb dia ni jns 'kayu sket' sangat tak leh blah. Muka mmg hensem tahap pelakon jepun tu..mmg cairlah..tp sejarah dulu biarlah berlalu yang penting kami dulu pernah kongsi suka duka dan diapon penah bagi password friendster dia kat saya...ahaha..penah lah saya selalu bukak friendster dia..hikhik.. tp tulah jodoh tu di tangan tuhan.. Seberapa lama dan seberapa tahun pun saya suka kat dia akhirnya saya cinta dan sayang saya pd orang lain iaitu Encik N. Yang penting kat sini sayanglah pada orang yang sayang kita bukan hanya bertepuk sebelah tangan je.. .buang masa namanya tu kan!


July 8, 2010

Lampu Aladdin

Semalam dah tepon mak, dia cakap dia tgh siapkan langsir rumah untuk my wedding nanti. Warna yang mak dan akak saya pilih theme cream english style... excited nak tengok jugak mcmana rupa langsir tu.. Mak cakap lagi dia dah test dan padankan dengan cat rumah yang wrna hijau muda tu.. Dia cakap sesuai..oklah tu kan..

Lepas tu, saya cakap nak cat bilik jugak..hik2 mcm yang saya cakap pada entry yg lps.. Hmm tapi saya tak ada masa nak balik kampung..huhu. Mujur mak cakap bukannya diorg tak biasa cat umah lagipon abang saya ada..mcm biasa..kerahan tenagala..haha..sian dia.. Nasib baik jugaklah abah ada cakap sebelum ni dengan mak nak cat bilik warna apa. Saya dah suggest dah dengan mak warna yang saya nak tu (cream+merah ati) mak cakap okey.. :-)

Lagi satu saya tetiba datang idea nak tukar lampu kat bilik tu..bagi bertambah seri2nya.. Makpon setuju sbb mentol bilik tu biasa xcantik terjojol-jojol pulak tu. So saya dah buat survey kat tenet mencari lampu yang sesuai dan ada jumpa di facebook.. cantik tapi harganya mahal lah pulak.. huhu. ini antara lampu yang saya agak berkenan..


Camana okey x?

July 7, 2010

Fotographer dan cadar kawen

Offically saya dah jumpa fotographer saya. Dia And Andalas.. huhu... Pakejnya rm1500 tuk dua hari (nikah+resepsi+outdoor) hik2..suka nya.... rasanya dlm dis week akan bayar deposit 30% dulu..uwaaa guna duit freelance..huhu..

Skrg saya tengah fikir2 nak cari cadar kawen. Dalam fikiran duk fikir nak beli ya
ng english style. Lebih kurang macam dlm gambar ni..kalau boleh nak warna merah terang dan bunga kecik-kecik and background kaler cream... Ok tak? sebab cadang nak cat bilik warna cream+ merah.. hmm oleh kerana theme hantaran saya warna black+silver+merah kire ok kot..hmm mls saya nk pk byk2 buat pening kepala jer..yg penting semuanya cantik dan kena dlm mata saya..

oklah sy nak sambung wat layout buku..nanti ada masa sy update lagi..

tata ;]

Preparation owh preparation...



Apa yang ada dalam kepala otak saya sekarang nih..saya listkan okeh..Take note takut lupe :)

1. Design kad kawen sendiri ala-ala english style
2. TQ tag (print laser kat opis sendiri hua2... just beli kad je)
3. Banner kahwin (buat sndiri adn try print kat opis sendiri)
4. Barang-barang hantaran (belom decide lagi nak beli apa and berapa dulang)
5. Bekas2 hantaran
6. Cat bilik maybe cream+ red (theme wedding black+ silver and red roses)
7. Paper bag
8. Borang tuk nikah
9. Fotographer
10. Kasut (beli atau sewa dr butik mak andam)
11. Tudung
12. Goodies

Bercakap pasal goodies akak saya dah pon membeli hampir semua tuk guest, sedara dgn kawan2 saya..cuma saya nak tambah gula2 kapas , lolipop ataupun marshmallow :D sweet kan.. sbb apa saya pilih gula2 kapas? sbb saya skrg tgh menulis pasal buku mengenai gula2 kapas dengan syarikat PTS one..huhu..so kalau boleh saya nak abadikanlah gula2 kapas ni dalam wedding saya nanti..