Lebih kurang sejam lebih aku jalan2 kat jalan Tar aku jumpalah apa yang aku nak beli before nih yang aku cari dengan Encik N tak jumpa..apa yang aku beli semalam?
1. anak tudung manik/bead yang pengantin duk pakai yang regenya RM59.90.. anak tudung nih aku beli kat butik dalam semua house.. yang nih harga offer..aku rs klu xoffer lagi mahai..aku beli anak tudung manik ni colour off white. Untuk digunakan masa akad nikah and sanding. :) actually masa aku kt kedai ni aku buat test tau, siap pakai n salesgirl kat situ siap padankan dengan selendang and veil. Tp aku xbeli selendang kat situ sbb mahailah dalam rm70+ so better cari selendang lainlah...
2. cekak spider yang regenya rm18.90..puas aku carik at last jumpa jugak secara tak sengaja..aku beli keronsang nih pon kat kedai juai reben bukan kat kedai juai keronsang kay sbb rata2 aku p cari kedai keronsang diorg cakap xde or warna yang nk dicari dah xder stock. kat kedai tu mcm2 ada..semua cantik2 n harganya pon jauh lebih murah.
3. selendang chiffon 2 helai yng regenya rm10 setiap satu. Satu warna putih datu lagi warna hitam.. murahkan dan senang nak pakai. hope nanti kenalah dengan baju yang aku nak pakai nanti.
4. aku beli anak tudung yang regenya rm5. anak tudung ni aku nak pakai sebelum aku pakai anak tudung yang sulam tuh supaya bila pakai anak tudung yang sulam tuh tak lembik sbb ada awning keras kat dalam.
Hmm..memang banyaklah aku survey2 barang2 tuk buat hantaran... memang mahailah..bunga telurpon sama..huhu..mcm2 ada..cuma bawak duit je..
Oh yaa..masa aku balik kampung minggu lps hari sabtu aku, akak aku, kak ipar dgn abang aku kami p survey pelamin siap2..n aku dah booking baju and pelamin yang aku nak tu kat Busana Fitri. Setel! Hah lega rasanya bila dah booking benda yang penting. Walaupun majlis aku bulan 10 aku nk setelkan cepat2 so aku dah xpikir dah. actually before kitorang ke Busana Fitri kitorang dah pergi dua buah kedai pengantin tapi dua2 aku tak berkenaan sebabnya 1. mahal 2. design lama.
Actually Busana Fitri ni kedai pengantin baru jer bukak tak silap aku baru dua bulan. Cawangan yang diorang ada kat Sg. Petani dah empat buah cawangan. Masa mula2 tengok kedai diorg nih aku rasa mesti mahal sebabnya baju2 diorg semua lawa2 jadik rambang mata..hehe.. sebenarnya akak aku yang suruh pergi kat Busana Fitri ni sebab dia cakap design2 baju up to date. Memang betul lah cakap akak aku.. :)
So bila diorang bagi brosur pakej aku tengok oklah rege dia taklah murah sangat or mahai sangat. selepas tengok2 baju kat situ aku ada berkenan dengan satu design baju yang diorg display kat situ. Baju yang aku pilih tuh bertemakan hitam and putih. Sangat cantik sebab kainnya jenis songket dan nampaklah design dia yang up to date. Diorg cakap baju nih xder orang booking lagi..n apa lagi aku trs cakap nak baju nih.. hmm tang pelamin pulak aku sangat berkenan pelamin diorg display.. masa tuh pelamin kat tingkat atas.. sangat suke..sesuai dengan tema hitam putih.. kebetulan pelamin tuh tema hitam putih.. kerusi ala2 mawi bersanding tuh..wah! syioknya.. tp oleh kerana aku nak pelamin ni harga dia lain dr pakej and kena tambah rm200..huhu..
So dipendekkan cite pakej perkahwinan yang aku ambik kat Busana Fitri:
1. 2 pasang baju persalinan lelaki & perempuan
2. 2 kali make up
3. aksesori termasuk keris, kasut pengantin perempuan, tengkolok, bunga tangan, veil dsb
4. set pelamin
5. hiasan bilik tidur + cadar
6. hiasan meja makan beradab
7. dulang + alas dulang ( plus rm100 tuk 10 dulang)
8. bekas sarang burung (sponsor by akak)
Nak tau regenya ke? lebih kurang rm2000+.. tak termasuk bekas sarang burung tu..huhu.. tp xsampai rm2500. so, bnda2 tuh aku dah tak payah pikir cuma nak carik tudung yang sesuai je sbb diorg xprovide tudung. Make up pulak aku harap nanti make up diorg ok..sbb kat pamplet tuh mention kata make up artis.. yelah baju cantik2 nanti make up spoilt xjadik jugak.. maybe bila tunang nanti aku akan make up kat situ and diorg caj rm80 sbbnya aku dah booking pelamin kat tempat dia masa kawin nanti.. :)
Satu persalinan lagi aku amek warna white dan lelaki pulak ambik sut.. baju putih nih pon sangat cantik dan kainnya labuh meleret-leret ceh macam tuan puteri pulak.. Encik N pulak mcm suka bila aku pilih sut tuk dia...lagipon dia penah cakap tak kisah baju apapun dia pakai..oklah tu dia jenis x cerewet.. sut dia pon warna putih...(perasan kacak lah dia nanti) hope baju yang kami akan pakai ni sangat cantik dan usaha tuk berdiet perlu ditingkatkan..
Chaiyok! chaiyok! chaiyok!
4 comments:
baru tau pasal busana fitri tu... tp da selamat kawen dah pn... ada amik gmbr baju-baju kt situ x ? :)
baru tau pasal busana fitri tu... tp da selamat kawen dah pn... ada amik gmbr baju-baju kt situ x ? :)
salam..blh x sy nk tau ktmana lokasi busana tu??? saya dtg dr arah sg lalang...
dear...bleh inbox no.tel busana fitri dkt inzhastore@gmail.com
Post a Comment