Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

August 14, 2007

Layu Sebelum Berkembang



My music

Layu sebelum berkembang

Hatiku hancur
Mengenang dikau
Berkeping-keping Jadinya...
Kini air mata
Jatuh bercucuran
Tiada lagi harapan
Tiada seindah

Waktu itu...Dunia berseri-seri
Malam bagai siang
Seterang hatiku
Penuh harapan Padamu
Kini hancur berderai

Kepedihan berantai
Kuncup di hatiku

Yang lama kusimpan
Hancur kini
Sebelum berkembang...
Mengapa ini Harus terjadi

Di tengah Kebahagiaan
Ingin kurasakan Lebih lama lagi
Hidup bersama Denganmu...
Hidup bersamaDenganmu


Lagu ini memberi seribu makna kepadaku..tersentuh hati apabila menghayati bait bait kata dalam lirik lagu ini..aku rindukan seseorang..seseorang yang kukenali kira-kira setahun. Kini dia sudah berada jauh dariku. Walaupun jarak antara kami hampir tetapi persahatan kami tidak sebegitu. Sudah 6 bulan aku cuba untuk melupakannya tetapi aku rasakan ianya tidak berjaya. Mahu mengosongkan fikiran bahawa tidak pernah mengenali dirinya..Tetapi ianya begitu mustahil bagi diriku mengakui aku tak pernah kenal dengannya.

Aku tidak tahu apa salahku yang sebenarnya... adakah perbuatanku menguris perasaannya ataukah dia mengambil kesempatan untuk menjauhkan dirinya dariku..tapi kenapa? Pada mulanya aku tidak mempunyai perasaan sebegini tetapi kini perasaanku terhadapnya telah berubah..mengapa setelah terjadi begini baru aku sedari bahawa aku sudah jatuh cinta dengannya..aku tak pernah mengakui tetapi kini aku tahu aku telah melakukan kesilapan yang besar kerana menyintai milik orang. Aku menahan perasaanku sendiri supaya tidak mengecewakan perasaan orang lain. Berat bibirku untuk menyatakannya tetapi aku tidak mampu untuk untuk menanggungnya sendiri.

'Kalaulah' perkataan itu wujud dan kalaulah aku ni seorang yang jahat..seorang yang pentingkan diri tentu aku sudah mengambil dia dr tangan orang lain..tapi aku tak mampu aku tak sanggup.. Apa yang cubeku lakukan mencari teman-teman baru..mereka baik..sangat baik padaku.. aku mengambil kesempatan ini untuk melupakan dia tetapi ingatanku kepadanya masih tebal dalam fikiranku..aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.. Dulu pernah menjadi teman baikku tetapi kemesraan itu telah pergi jauh..dan tak mungkin kami akan kembali seperti dahulu kerana kemesraan itu telah layu dan tidak akan berkembang lagi..